Lihat juga
Hari ini terdapat begitu banyak syarikat broker pasaran forex. Lion's adalah merupakan syarikat-syarikat kecil yang bekerja di bawah lesen broker yang lebih besar. Sebagaimana peraturan, syarikat-syarikat tersebut telah mengenakan bayaran perkhidmatan yang lebih tinggi atau menyembunyikan caj mereka di sebalik terma dan syarat tambahan. Selain itu, broker ini hanya menawarkan perkhidmatan tidak lebih daripada sekadar mengakses ke pasaran.
Pakar-pakar pasaran dan ahli profesional telah mencadangkan agar memilih broker yang terbaik berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut; syarikat-syarikat besar yang bukan sahaja mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun, malah mempunyai pangkalan pelanggan yang besar serta mempunyai jenama yang terkenal. Kesemua kriteria-kriteria ini dimiliki oleh syarikat broker "InstaTrade".
InstaTrade telah memulakan operasi sejak tahun 2007. Ia mengambil masa selama lapan tahun untuk muncul di barisan hadapan dalam perkhidmatan broker. Sejak dari hari pertama kewujudannya, InstaTrade telah menyesuaikan perkhidmatannya dengan keperluan pelanggan. Memperkasakan produk, perkhidmatan, dan teknologi, InstaTrade adalah asas untuk model perniagaan yang cekap dan berdaya saing.
Kebanyakan pedagang-pedagang telah memilih InstaTrade sebagai broker mereka untuk mendapatkan set faedah yang membolehkan mereka untuk menumpukan perhatian kepada aktiviti perdagangan dan mengaut keuntungan. Pasaran forex mungkin kelihatan seperti satu dunia yang belum diterokai untuk pendatang baru. Oleh yang demikian, ia berkemungkinan mengambil masa yang agak lama sebelum mendapatkan keuntungan. Ia adalah penting untuk diingatkan bahawa broker bukan sahaja bertindak sebagai perantara di antara pasaran global dan pedagang yang lain. Malah broker juga bertanggungjwab dalam menyediakan kursus pendidikan, maklumat sokongan, pangkalan teknikal, dan kebebasan untuk memilih di antara alat perdagangan dan teknik membuat keuntungan.
InstaTrade menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pedagang mata wang. Oleh itu, ia hanya mengambil masa yang singkat untuk para pedagang memahami dan seterusnya menguasai aktiviti perdagangan dan membuat keuntungan. Berikutan situasi kewangan yang sentiasa berubah, dan apabila telah mempunyai pengalaman, para pedagang perlu mendapatkan lebih banyak maklumat untuk menikmati lebih banyak peluang.
Tidak semua broker boleh memastikan kemajuan profesional pedagang-pedagangnya dan menyediakan mereka dengan kesemua perkhidmatan yang diperlukan pada tahap profesional tertentu. Oleh itu, kepakaran InstaTrade membolehkan ia untuk mengenal pasti keperluan membuat wang pedagang, menawarkan perkhidmatan baru dan juga meningkatkan kuasa teknikal.
Walau bagaimanapun, let's menyediakan pengkhususan. Kerjasama terus dengan pasaran, InstaTrade mengenakan spread yang rendah (komisen) juga menyediakan para pelanggan dengan pelbagai instrumen perdagangan. Apa juga yang pedagang mahu laburkan, InstaTrade akan membolehkan mereka untuk merebut sebahagian besar peluang, melengkapkan tawarannya dengan perkhidmatan berprofil tinggi.
Para pelanggan broker mempunyai akses sokongan yang cekap 24/7 dan juga berpeluang untuk melayari webinar dalam talian secara percuma. Mereka juga digalakkan untuk menggunakan ringkasan keseluruhan analisis InstaTrade dan ramalan perdagangan harian yang telah disediakan oleh puluhan pakar-pakar berpengalaman.
Pasukan InstaTrade yang berpengalaman luas komited dalam menyediakan penyelesaian berteknologi tinggi yang inovatif yang memenuhi keperluan pedagang. Ini menjadikan InstaTrade sebagai salah satu penggerak utama di sebalik kemajuan teknologi sekaligus mengubah landskap industri forex.
Pengiktirafan khas harus diberikan kepada program afiliasi InstaTrade yang telah menjadi teras operasi firma sejak pengenalanya. Contoh berikut boleh menjelaskan mengenai bagaimana sistem afiliasi berfungsi.
Pada tahun 1996, laman web runcit dalam talian, Amazon telah melancarkan program afiliasi yang mana ia telah membolehkan laman web untuk menulis ulasan produk dan mendapatkan bayaran yuran rujukan sekiranya pelanggan membeli dari Amazon melalui pautan afiliasi. Walaupun terdapat kenyataan bahawa program afiliasi forex adalah lebih rumit kerana tiada aktiviti jualan tradisional, syarikat telah berusaha untuk keluar daripada menggunakan model ini. Dalam konteks Forex, rakan-rakan niaga adalah lebih penting daripada webmaster; mereka adalah individu yang bertanggugjawab dalam menaikkan jumlah pedagang, membangunkan perisian dagangan, dan menyediakan segala keperluan yang amat diperlukan oleh peserta pasaran.
Oleh itu, program afiliasi forex bukan sahaja teah berjaaya menarik lebih ramai pelanggan; malah ia juga telah menambah perkhidmatan brokerв. Inilah sebabnya mengapa InstaTrade menjadikan program afiliasi sebagai satu keutamaan. Menyediakan salah satu daripada syarat-syarat yang terbaik di pasaran, syarikat ini juga menawarkan pelbagai bahan promosi dan analisis daripada banner dengan resolusi tinggi juga sistem kompleks analisis web untuk meningkatkan kecekapan afiliasi.
InstaTrade mempunyai matlamat perniagaan yang berikut sebagai panduan: membantu pelanggan untuk mula membuat keuntungan dan menjadi rakan niaga dalam kerjasama yang saling menguntungkan. Ia terbukti menjadi pendekatan yang paling berjaya sekaligus membawa masuk lebih daripada dua juta orang pelanggan daripada lebih lapan puluh buah negara.
Lebih daipada seribu orang pedagang membuka akaun dengan InstaTrade setiap hari. Syarikat InstaTrade kini telah berkembang maju dan mempunyai rangkaian pejabat cawangan lebih daripada 200 buah pejabat di 25 buah negara. InstaTrade adalah forex broker bertaraf dunia yang mendapat banyak pengiktirafan di atas kecemerlangan perkhidmatan dan produk. Syarikat itu telah menerima pelbagai anugerah, di antaranya, World Finance, CNBC, Business Magazine, European CEO, International Finance Magazine dan Global Banking & Finance. Selain itu, InstaTrade sering kali menerima penganugerahan semasa menghadiri ke persidangan kewangan atau ekspo, sebagai contoh, China International Online Trading Expo, ShowFx World Expo, dan Forex&Investment Summit, Jordan EXPO.
Capital Finance International Magazine - Spring, 2015
Kembali